Astro mengangkat tema ‘Malaysiaku Kita Selamat Bersama’ sempena Hari Kebangsaan

A
A
A

SEMPENA sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-63 tahun, saluran Astro tampil menyajikan kandungan berkualiti untuk meraikan hari yang cukup bermakna itu.

Menerusi kempen ‘Malaysiaku Kita Selamat Bersama’, Astro telah menyusun pelbagai program menarik yang akan disiarkan melalui platform Astro, Astro GO dan On Demand bermula 25 Ogos hingga 17 September depan.

Program tersebut terdiri daripada siri dokumentari, program eksklusif merdeka dan telefilem khas yang tampil dengan mesej berkaitan kemerdekaan.

Antara yang menarik perhatian, tentunya dokumentari Bertakhta Di Hati Rakyat yang menyingkap kehidupan Yang DiPertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan pertabalan baginda sebagai Agong yang ke-16.

Diikuti dokumentari Malaysia vs Covid yang memaparkan kisah-kisah menyentuh hati, mengenai pesakit dan keluarga yang terlibat dengan Covid-19, barisan petugas hadapan dan para sukarelawan menangani pandemik tersebut.

Selain itu, telefilem khas berjudul Aku Posmen, Kau Latifah, Dia Joseph, lakonan Lisa Surihani juga tampil dengan mesej dan jalan cerita menarik untuk tontonan.

Program lain yang turut disediakan ialah Judi Dench’s Wild Borneo Adventure, Work To Live S2, Ottrumaiye Balam, hLive Special Merdeka: 63 Tahun, 24 for 2020 Merdeka dan banyak lagi.

Dalam pada itu, Astro Awani turut tidak ketinggalan dengan menampilkan sorotan khas mengenai sejarah negara  menerusi Agenda Awani Khas Merdeka dan Consider This.

Manakala Astro Radio tampil dengan kempen ‘Sapot Lokal’ dalam usaha menyokong pemuzik dan perniagaan tempatan di kesemua 11 jenama radio serta di aplikasi SYOK.

Kempen ‘Jom Go Lokal’ Go Shop pula menawarkan potongan harga sebanyak 63% kepada pembeli untuk produk terpilih, sepanjang tempoh tersebut.

Astro turut bekerjasama dengan Pusat Darah Negara (PDN) untuk memberi kesedaran dan mendorong rakyat Malaysia agar menyertai kempen menderma darah yang diadakan.

Kempen ‘Malaysiaku Kita Selamat Bersama’ diangkat bagi mengingatkan rakyat Malaysia agar terus menerapkan semangat kebersamaan dan keharmonian sebagai sebuah negara.

Informasi lanjut berkenaan kandungan bulan kemerdekaan itu boleh didapati dengan melayari www.astro.com.my

 

(FOTO: Rosli Talib) 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca