ISTIMEWA di musim perayaan Tahun Baru Cina ini, Astro First bakal membawakan filem-filem menarik khas untuk tontonan anda seisi keluarga.

Sarat dengan elemen komedi dan menghiburkan, aksi mendebarkan, seram, konflik, drama, pengembaraan dan percintaan, sambutan permulaan tahun baru dalam kalendar Lunar ini masih boleh diraikan dalam suasana penuh meriah, di sebalik amalan norma baharu yang diamalkan seluruh rakyat Malaysia pada ketika ini.

Filem-filem yang bakal menanti penonton di Astro First Saluran 480 dan di platform On Demand ini merentasi setiap bahasa; Melayu, Mandarin dan Tamil.

Antara filem Melayu dan filem animasi yang akan ditayangkan.

Kemeriahan musim perayaan dimulakan dengan sekuel Hantu Bonceng yang pernah merekodkan kutipan pecah panggung ketika pertama kali disiarkan lebih kurang sedekad yang lalu.

Kini kembali dengan Hantu Bonceng 2.0, filem yang dibintangi pelakon popular tanah air, Zizan Razak ini akan menemui peminat mulai 11 Februari.

Pada hari yang sama juga, Astro membawakan anda sebuah filem Tamil yang cukup mendebarkan berjudul, Master. Diikuti pula dengan Maara, arahan Dhilip Kumar dan sebuah filem Melayu arahan Jefry Talib, Kenderaan Berat Ikut Kiri pada 18 Februari.

Filem Tamil, Master dan Maara turut ditayangkan di Astro First.

Meriahkan lagi sambutan perayaan Tahun Baru Cina dengan Selamat Hari Tak Jadi yang menampilkan gandingan barisan pelakon hebat tanah air seperti Janna Nick, Aaron Aziz, Nasha Aziz dan ramai lagi pada 25 Februari.

Iklan

Istimewa buat adik-adik yang merindukan karakter animasi kesayangan ramai, jangan lupa temujanji anda bersama Didi, Nana, Jojo dan rakan-rakan menerusi Konsert Hora Horey Wayang Didi & Friends.

Tambah menarik, Didi dan rakan-rakan akan membuat persembahan dengan ditemani selebriti terkemuka negara seperti Yuna, Hael Husaini dan Altimet.

Iklan
The Rescue menggabungkan pelakon hebat.

Juga, saksikan sebuah filem Mandarin bergenre aksi yang bakal ditayangkan pada 27 Februari ini berjudul, The Rescue.

Dibintangi oleh Eddie Peng, Wang Yanlin, Xin Zhilei dan Lan Yingying, filem yang berkisar mengenai China Rescue & Salvage (CRS) ini diarahkan oleh Dante Lam, seorang pengarah popular Hong Kong yang terkenal dengan filem-filem suspen dan penuh mendebarkan.