HARI ulang tahun perkahwinan menjadi momen yang cukup indah buat setiap pasangan suami isteri. Namun berbeza bagi selebriti Indonesia, Bunga Citra Lestari. Balu kepada aktor Malaysia Allahyarham Ashraf Sinclair ini menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-14 di pusara yang terletak di San Diego Hill, Karawang, Jawa Barat, Indonesia.

Menerusi perkongsian Bunga Citra Lestari atau BCL di Instagram, beliau dilihat hadir ke pusara Ashraf dengan membawa bunga untuk ditabur di pusara bagi memperingati ulang tahun perkahwinan mereka.

Baca juga: Anak BCL pimpin bacaan Yasin di pusara Ashraf Sinclair jadi perhatian, ibu tidak henti titip doa

“Empat tahun yang lalu, kita berjanji untuk sentiasa menyayangi antara satu sama lain. Hari ini, walaupun kita berada di dunia yang berbeza dan kehidupan saya juga berbeza di sini, tapi awak akan selamanya dihati saya. Selamat hari ulang tahun perkahwinan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Dalam perkongsian sebelum ini, kelihatan BCL bersama kedua ibu bapa arwah Ashraf. Mereka menziarahi pusara aktor tersebut sempena hari lahir arwah yang ke-43.

Ibu Ashraf, Khadijah Abdul Rahman juga ada berkongsi dilaman Instagramnya dengan meluahkan rasa syukur kerana menantunya ada bersama.

Baca juga: Jiwamu akan selalu ada bersama kami – BCL

Satu perkara yang amat dipuji tentang BCL ialah tentang hubungan baiknya bersama keluarga Ashraf. Jelas terpapar keakraban antara mereka.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat BCL memberikan ucap selamat sempena ulang tahun perkahwinannya bersama arwah Ashraf. Berikut antara komen daripada warga maya. Ujar mereka:

– “Al-Fatihah. Selamat ulang tahun perkahwinan.

– “Al-Fatihah. Semoga terus tabah.

– “Seperti lirik lagunya, “Jika ada yang bilang ku tak setia, jangan kau dengar… Tuhan yang tau kucinta kau…”

– “Semoga jodoh dunia akhirat kalian.

– “Cinta BCL buat Ashraf luar biasa.

Iklan

– “Rindu yang tak akan pernah habis.

– “Semangat selalu wanita hebat.

Penyanyi lagu ‘Wanita Terbahagia’ ini telah melangsungkan perkahwinannya dengan Ashraf Sinclair atau nama sebenarnya Ashraf Daniel Mohammed Sinclair pada 8 November 2008.

Hasil perkongsian hidup pasangan romantis ini, mereka telah dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki iaitu Noah Aidan Sinclair yang lahir pada 22 September 2010.

Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung ketika tidur selepas tidak sedarkan diri ketika dikejutkan.

Iklan

Baca juga: (VIDEO) 12 Tahun Terindah Single baharu BCL undang air mata

Sumber: Bunga Citra Lestari, Khadijah Abdul Rahman

Oleh: Norhasliza Mohd Shafi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi