“Awak kuat, saya tahu. Kuat demi Yem dan Som” – bekas suami titip kata semangat buat Nad Zainal

nad zainal kritikal
nad zainal kritikal
A
A
A

BEKAS suami Nad Zainal, Muhammad Faliq Amiruddin menitipkan kata-kata semangat buat pelakon itu yang kini dalam keadaan kritikal akibat komplikasi paru-paru berdarah.

Faliq menerusi satu hantaran di Instagram Story mengharapkan agar Nad, 32, kuat demi anak-anak mereka, Fahad Ibrahim, 6, dan Budi Kalsom, 1.

“Awak kuat. Saya tahu, kuat demi Yem dan Som,” ujarnya ringkas.

Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin kini sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), Hospital Pakar Ampang Puteri sejak Isnin lalu.

Pelakon drama Cina Buta itu terpaksa ditidurkan selama dua hari susulan mengalami paru-paru berdarah.

Menurut rakan pelakon, Ungku Ismail yang turut berada di hospital, Nad telah menjalani beberapa prosedur rawatan dan doktor kini sedang melakukan yang terbaik untuk merawatnya.

Terdahulu dunia hiburan dikejutkan dengan berita Nad dalam keadaan kritikal selepas dua hari mengalami masalah kesihatan yang dipercayai akibat simptom Long Covid.

Nad dan Faliq mendirikan rumah tangga pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan dua orang cahaya mata. Perkahwinan pasangan ini bagaimanapun berakhir awal September lalu selepas tujuh tahun hidup bersama.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca