PEMERGIAN Datin Alyah ke Tanah Suci baru-baru ini cukup bermakna dan meninggalkan kesan mendalam buat dirinya.

Biarpun itu kali keempat pelantun lagu Thank You ALLAH mengerjakan umrah, namun beliau berasakan seolah-olah baru pertama kali menjejakkan kaki ke sana.

“Kali pertama, saya dibawa oleh abang Habib (Syed Muhammad Gadaffi) daripada Jamu Mak Dara. Ingat lagi waktu itu, saya tak bawa sesen pun. Pulang daripada Makkah, rezeki saya mencurah-curah.

“Kemudian, saya pergi kali kedua. Memandangkan sudah ada pengalaman, jadi saya nak duduk di hotel mahal, naik penerbangan kelas pertama, asyik tawaf selfie dan sebagainya. Kali ketiga saya ke sana dengan kawan-kawan dan lebih kepada bersuka ria,” kongsi Alyah.

Baca ni Kewajipan isteri & ibu tidak terabai, rupanya air tangan Ezzaty rahsia penambat hati suami

Apabila teringin ke Tanah Suci lagi, pemilik nama sebenar Noor Hasliah Abu Hasan mengakui tiada peluang berbuat demikian walaupun berkali-kali mencuba sehinggalah penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Ketika itu saya tersedar. Ya ALLAH aku pernah buat kesilapan, KAU bagi peluang tapi aku tak gunakan sebaik mungkin. Jadi, soal trend selebriti pergi umrah kejar konten dan selfie sana sini, saya tak cakap pasal orang lain. Saya bagi contoh diri sendiri.

“Banyak khilaf yang saya lakukan sebelum ini. Bila ALLAH bagi kena hargai, jangan sampai DIA tak bagi. Waktu itu menangis pun tak guna,” ungkap Alyah dengan nada sebak.

Baca ni ‘Lawanya rumah, ingat dekat luar negara.’ Isteri Rahim Sepahtu kongsi gambar rumah, siap ada mini golf bikin ramai teruja!

SETAHUN TERTUNDA

Dedah anak kelahiran Johor itu lagi, pernah sebelum ini beberapa hari sebelum berangkat ke Tanah Suci, beliau disahkan positif Covid-19.

“Selepas kesihatan kembali pulih, orang asyik tanya bila saya nak ke umrah lagi. Waktu itu saya tak berani nak cakap, bimbang untuk berkongsi lebih. Alhamdulillah, kita merancang TUHAN menentukan.

“Selepas beberapa kali tertunda, hampir empat tahun cuba, rindu hanya ALLAH yang tahu. Alhamdulillah rezeki saya dapat ke Tanah Suci lagi untuk mengerjakan umrah kali keempat,” ujar Alyah yang mula bergiat aktif dalam dunia seni sejak tahun 2000 ketika berusia 19 tahun.

TUNAI UMRAH BULAN RAMADAN

Tuan punya badan turut mengakui, pemergian kali ini cukup bermakna.

Iklan

“Alhamdulillah seperti mana umrah pertama yang dilakukan pada bulan Ramadan. Demikian juga kali keempat ini. Malah, peluang ini yang saya nanti-nantikan. Saya pohon doa yang terbaik untuk diri sendiri.

“Sementelah dengan situasi zaman sekarang, macam-macam boleh jadi. Tengok media sosial pun saya jadi takut. Justeru, saya memohon perlindungan daripada ALLAH terutama untuk kesihatan dirinya,” katanya lagi.

Pada masa sama, isteri kepada maestro muzik terkenal negara, Datuk Ramli MS itu sempat menitipkan pesanan.

Baca lagi ‘Untung isteri, rumah lawa suami baik.’ Black Hanafiah kongsi suasana kediaman raih pujian. Kemas & tenang jer!

Baca lagi Wajah comel terpapar pada botol kordial F&N hampir 2 dekad, ini wajah terkini Madihah ‘si gadis sirap’

Iklan

“Bila ALLAH tak bagi jangan prejudis dengan-NYA, jangan marah diri sendiri kerana DIA nak bagi yang lebih baik sebenarnya,” ungkap Alyah sambil berterima kasih kepada YANG MAHA ESA atas segala ujian yang diberikan kerana daripada situ beliau belajar banyak perkara.

Ditanya kenapa pemergian beliau ke Tanah Suci tidak ditemani suami tersayang, ini jawapan empunya diri.

“Datuk (suami) lebih suka buat haji. Jadi kami rancang untuk mengerjakan haji tahun hadapan memandangkan tahun ini banyak kerja yang perlu diselesaikan,” kongsi penyanyi bersuara lunak itu.

Alyah bersama pemilik Roos Scarves, Safiudin Nordin dan isteri, Siti Afiqah ketika majlis pelancaran The Enchanted Roos Garden. Dalam malis tersebut, Alyah diundang membuat persembahan.

Sumber gambar: Instagram alyah81 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.