[VIDEO]Awal, Puteri Sarah Liyana kongsi pengalaman buat swab test

Untitled design (27)
Untitled design (27)
A
A
A

PENGACARA dan pelakon, Awal Ashaari serta Puteri Sarah Liyana berkongsi pengalaman sama membuat  ujian saringan Covid-19 (swab test) baru-baru ini.

Biarpun bukan kontak rapat kepada mana-mana pesakit Covid-19, kedua-dua selebriti itu mengambil inisiatif sendiri untuk menjalani ujian bagi memastikan diri bebas daripada virus berkenaan.

Awal membuat swab test secara pandu lalu bersama isteri, Scha Alyahya, buat kali pertama.

Menurut Awal, pengalaman membuat swab test tidaklah terlalu teruk, hanya rasa kurang selesa ketika membuat swab pada bahagian dalam hidung.

“It wasn’t that bad guys.. Rasa tak selesa sikit bab swab kat hidung tu je. Other than that, okay je.

“Jadi pada yang fobia, takut sangat nak pergi hospital untuk membuat Covid test, harap video ini dapat memberi anda idea, bagaimana ia dilakukan.

“Serius tak sakit langsung, dan sila buat untuk kebaikan anda juga,” kongsinya menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam masa sama, Awal juga turut mendedikasi ucapan terima kasih kepada frontliner yang bertugas.

Sementara itu, isteri kepada Syamsul Yusof, Puteri Sarah menyifatkan, sesiapa yang pernah memberitahu sakit ketika membuat swab test sebenarnya hanya untuk menakutkan orang lain.

"Okay siapa yang cakap sakit tu sebenarnya nak menakutkan korang je. Tapi sebenarnya memang tak sakit. Sarah buat dekat dalam mouth dan dalam nose. Tak sakit pun. So, jalankan tanggungjawab anda.

"Dan lagi satu benda ni sangat wajib, lagi-lagi untuk kita yang sedang shooting ni, memang kena buat untuk keselamatan diri sendiri dan juga famili," ujarnya dalam sepotong video yang dikongsikan menerusi akaun Instagram miliknya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca