SALURAN televisyen percuma terbaharu di Malaysia, Awesome TV telah bersiaran buat pertama kalinya di Astro, saluran 123 HD pada 18 Januari baru-baru ini.

Awesome yang dilancarkan pada 3 Ogos tahun lalu kini boleh dinikmati oleh semua pelanggan Astro, Astro Njoi dan Astro On Demand secara Definisi Tinggi (HD), serta ia juga kekal di Saluran 112 di MYTV.

Penonton Astro boleh menyaksikan kandungan menarik di Awesome TV, termasuk drama bersiri, program hiburan dan komedi.

Saluran ini telah berjaya memperoleh peningkatan penonton sebanyak enam peratus (6%) di antara 3 Oktober hingga 12 Disember lalu, menjadikannya saluran percuma  kedua tertinggi untuk penonton Melayu.

Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas, berkata, Awesome TV mencatatkan capaian tontonan harian tertinggi berjumlah lebih satu juta penonton pada bulan November lalu dan sehingga kini, lebih daripada 2.6 juta penonton telah mengikuti saluran itu.

“Ini adalah pencapaian yang cukup hebat untuk sebuah stesen TV baharu dan kami berharap akan dapat terus menyentuh hati dan menambat fikiran lebih banyak lagi penonton dengan kemunculan kami di Astro,” katanya.

Iklan

Sambutan baik daripada penonton turut menunjukkan kualiti kandungan di Awesome TV yang menampilkan lebih kandungan tempatan berbanding dengan kandungan antarabangsa.

Terbaru, musim kedua program hiburan infotaimen popular, Ohsem!!!, akan kembali pada jam 10 malam setiap hari Isnin. Kali ini program yang dihoskan oleh Shuk Sahar dan Shalma Aina itu akan disiarkan secara langsung berbanding rakaman pada musim pertama.

Iklan

 

(FOTO: Awesome TV)