Awie timang cahaya mata keenam pada usia 53 tahun

Datuk Awie
Datuk Awie
A
A
A

PENYANYI dan pelakon, Datuk Awie berkongsi berita gembira baru sahaja menimang cahaya mata keenam, pada petang Isnin.

Berita gembira tersebut dimaklumkan Awie atau sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 53, menerusi laman Facebook miliknya pada hari sama.

Menurut Awie, isterinya, Datin Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin, 34, dan bayi yang dilahirkan kini dalam keadaan sihat. Difahamkan pasangan ini menimang cahaya mata lelaki.

“Segala puji-pujian buatMu. Kau telah makbulkan hajatku, hari ini 6 petang bertemu, oh 9 bulan kutunggu.

“Syukur keduanya sihat slalu. Bahagiaku dengan kehadiranmu. Menambah seri dalam istanaku. Terima kasih oh Tuhanku. Aku sayu!,” tulis Awie.

Berkongsi kegembiraan sama, rata-rata peminat dan pengikut Awie tidak ketinggalan memberikan ucapan tahniah, selain menitipkan doa agar anak dan isterinya dalam keadaan yang baik.

Terdahulu Awie memberitahu sangat teruja menantikan kelahiran cahaya mata keenamnya itu, apatah lagi pada bulan yang sama turut tampil dengan produk sulung syarikat produksinya, 10 Tips Tipu Bini.

Awie dan isteri mendirikan rumah tangga pada Oktober 2016 dan bayi lelaki itu merupakan cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup mereka.

Menerusi dua perkahwinan terdahulu, Awie dikurniakan lima cahaya mata iaitu Puteri Aleeya Antasha, 20, Puteri Aleefa Antasha, 18, Putra Ahmad Merrah, 12, Putra Ahmad Rezzki, 11, dan Puteri Qasseh Antasha, 9.

(SUMBER: Facebook Awie)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca