Awie timang cahaya mata keenam pada usia 53 tahun

PENYANYI dan pelakon, Datuk Awie berkongsi berita gembira baru sahaja menimang cahaya mata keenam, pada petang Isnin.

Berita gembira tersebut dimaklumkan Awie atau sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 53, menerusi laman Facebook miliknya pada hari sama.

Menurut Awie, isterinya, Datin Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin, 34, dan bayi yang dilahirkan kini dalam keadaan sihat. Difahamkan pasangan ini menimang cahaya mata lelaki.

Iklan
Iklan

“Segala puji-pujian buatMu. Kau telah makbulkan hajatku, hari ini 6 petang bertemu, oh 9 bulan kutunggu.

“Syukur keduanya sihat slalu. Bahagiaku dengan kehadiranmu. Menambah seri dalam istanaku. Terima kasih oh Tuhanku. Aku sayu!,” tulis Awie.

Berkongsi kegembiraan sama, rata-rata peminat dan pengikut Awie tidak ketinggalan memberikan ucapan tahniah, selain menitipkan doa agar anak dan isterinya dalam keadaan yang baik.

Terdahulu Awie memberitahu sangat teruja menantikan kelahiran cahaya mata keenamnya itu, apatah lagi pada bulan yang sama turut tampil dengan produk sulung syarikat produksinya, 10 Tips Tipu Bini

.

Awie dan isteri mendirikan rumah tangga pada Oktober 2016 dan bayi lelaki itu merupakan cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup mereka.

Menerusi dua perkahwinan terdahulu, Awie dikurniakan lima cahaya mata iaitu Puteri Aleeya Antasha, 20, Puteri Aleefa Antasha, 18, Putra Ahmad Merrah, 12, Putra Ahmad Rezzki, 11, dan Puteri Qasseh Antasha, 9.

(SUMBER: Facebook Awie)

Share
Wawann Mohd

Biodata Penulis

Published by
Wawann Mohd

Recent Posts

Dicerai suami kerana lumpuh, wanita China ini bertemu jodoh, ibu mertua lebih baik

  HABIS madu, sepah dibuang. Hanya kerana diri sudah tidak sempurna, seorang wanita di China…

3 hours ago

Sebidang tanah 2 nama, Amar Baharin dakwa ibu teraniaya. ‘Bina rumah siap berpenghuni, pejabat tanah janji ganti tapi…’

KONTROVERSI berkenaan isu tanah milik ibu Amar Baharin meraih perhatian ramai apabila pelakon tersebut meluahkan…

4 hours ago

‘Pergilah abang, sayang dah reda. Lepas ni dah tak dengar abang cakap terima kasih’- Siti Aisyah

"Lepas ni, bertambah satu tarikh duka untuk sayang dan anak-anak abang. 23 April 2024 hari…

8 hours ago

Tapestri dan naratif seni batik, selami warisan tekstil Malaysia menerusi IKAT 2.0 edisi Pulau Pinang

TAPESTRI secara literalnya adalah kain yang dihiasi dengan gambar atau pola yang kompleks, sering kali…

10 hours ago

Norjuma didakwa atas lima pertuduhan, cederakan tiga individu, lakukan khianat

BEKAS personaliti televisyen Norjuma Habib Mohamed dihadapkan di empat Mahkamah Majistret atas tiga pertuduhan menyebabkan…

10 hours ago

Ensefalitis: Keradangan otak akibat jangkitan. Benarkah gaya hidup atau stres jadi punca? Pakar ini kongsikan penjelasan

SECARA global, dianggarkan sejumlah 1,444,720 kes dan 89,900 kematian dicatatkan akibat ensefalitis atau keradangan otak…

19 hours ago