Ayah pun rindu dekat Ain dan adik - Shuk Sahar

Shuk Sahar
Shuk Sahar
A
A
A

PENYAMPAI radio dan pelawak Shuk Sahar terpaksa berjauhan seketika dengan isteri dan anak-anaknya yang kini sedang menjalani kuarantin di kediaman mereka.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di lama Instagram miliknya, Shuk atau nama penuhnya Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar, 34, berkongsi detik anak-anak yang meluahkan rasa rindu.

"Ayah, Ain nak sayang ayah. Pegang tangan Ain ni.

“Ayah pun rindu dekat Ain dan adik. Nanti Ain dah habis kuarantin gelang pink, ayah balik peluk semua,” ujar Shuk, sayu.

https://www.instagram.com/p/CGB12NXDh_8/?utm_source=ig_web_copy_link

Ramai yang berkongsi rasa sayu melihat kedua-dua anak Shuk mahu memeluk pelawak tersebut namun tidak dapat berbuat demikian kerana mereka dalam tempoh kuarantin.

Isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah menerusi turut berkongsi perasaan sama apabila melihat keadaan anak-anaknya terpaksa menahan rindu untuk memeluk bapa mereka.

“Nampak tak, walaupun kuarantin di rumah, tapi sedih macam ini. Patuh SOP everyone,” ujarnya.

Rossalennah dan kedua-dua anaknya perlu melalui tempoh kuarantin selepas pulang dari Sabah baru-baru ini.

 

(FOTO: Instagram Shuk Sahar )

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca