Ayda Jebat terus diganggu, jejas emosi

A
A
A

PENYANYI dan pelakon, Ayda Jebat meluahkan rasa kecewa apabila masih ada segelintir individu tidak bertanggungjawab membuat gangguan seksual terhadapnya.

Turut berkongsi bukti paparan skrin mesej yang tidak senonoh daripada seorang individu yang tidak dikenali, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat, 28, mengakui penat berhadapan dengan gangguan sebegitu.

Apatah lagi, ia bukan gangguan pertama kali yang dihadapinya menerusi hantaran mesej terus atau direct message (DM) menerusi media sosialnya.

"Ada ramai lagi yang DM. Again and again. I'm tired (Lagi dan lagi. Saya penat)," ujarnya.

Tambah Ayda, walaupun sudah bertindak menyekat beberapa akaun biadap sebelum ini, namun perkara sama masih berulang.

"Dah ramai DM macam ini. Dah block (sekat) banyak. Tetap ada lagi. Tolong semua, jangan sampai saya ambil tindakan," kongsinya menerusi hantaran di InstaStory miliknya.

Pendedahan Ayda itu mendapat perhatian ramai termasuk tunangnya, Nabil Mahir yang mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan terhadap gangguan sebegini yang boleh dianggap sebagai buli siber.

Sebelum ini, Nabil juga pernah memberi amaran kepada lelaki yang sering menghantar gambar tidak senonoh mereka kepada Ayda.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca