FILEM sulung selebriti YouTube terkenal, Syahmi Sazli iaitu Mael Totey The Movie (MTTM) kini hangat diperkatakan ramai yang mana kini filem tersebut sedang ditayangkan di Astro First dan mendapat sambutan luar biasa.

Mana tidaknya, filem tersebut berjaya meraih RM2.56 juta dalam hanya tempoh empat hari tayangan, sejak 22 Oktober lalu.

Ini merupakan kutipan paling tinggi di platform Astro First setakat ini, sekali gus memecah rekod terdahulu yang dipegang oleh filem Syif Malam Raya.

Meninjau ruangan komen di laman sosial seperti Facebook, SinarPlus percaya ramai yang sudah menonton filem tersebut dan menyifatkan Syahmi berani menampilkan kelainan.

Ini kerana, filem itu dikatakan bukan sekadar menghiburkan malah turut terselit juga pengajaran dan dalam pada masa yang sama membuatkan penonton tak kering gusi.

Lebih menarik, baru-baru ini Syahmi turut berkongsi beberapa video adegan tidak menjadi sewaktu filem MTTM menjalankan pengambaran kepada umum.

Walaupun adegan tersebut dikatakan tidak menjadi, ia tetap membuatkan penonton tak kering gusi apabila melihat gelagat lucu pelakon-pelakon MTTM yang mana mereka juga tidak dapat menahan ketawa.

Ada juga yang menonton berulang kali kerana dikatakan cukup lucu dan bersahaja.

Iklan

Mana tidaknya, momen yang tidak disangka-sangka itu terjadi secara spontan malahan warganet meninggalkan reaksi positif dan video tersebut meraih ribuan tontonan.

MTTM mengisahkan seorang pemuda lurus bendul, Mael yang berusaha pelajari Bahasa Inggeris demi memenuhi syarat gadis idamannya, Yaya.

Iklan

Namun, Mael bertemu cinta sejatinya bersama cikgu Bahasa Inggeris yang mengajarnya. Konflik antara Mael, cikgu dan Yaya diselesaikan oleh empat budak istimewa, Asif, Yoe, Yatin dan Bedul.

Ingin mengetahui apa akan terjadi seterusnya, saksikan filem Mael Totey The Movie dengan melanggan  Astro First saluran 480.