PASANGAN usahawan dan pelakon, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal selamat menyambut kelahiran anak keempat.

Terdahulu, Aeril memaklumkan keadaan Wawa yang dimasukkan hospital awal seminggu dari tarikh jangkaan bersalin susulan mengalami tanda-tanda untuk melahirkan.

“Pagi ni tiba-tiba baby nak keluar.

“Awal seminggu dari tarikh yang diberi. Doakan semuanya selamat,” tulisnya pagi tadi.

Pada petang ini, Aeril memuatnaik foto dia dan bayi yang baru dilahirkan.

“ Assalamualaikum anakku. Terima kasih semua atas doa-doanya,” titipnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AERIL ZAFREL (@aeril_zafrel)

Manakala Wawa pula melalui laman sosial Instagram memuat naik gambar mereka  berdua bersama bayi.

Aktres kelahiran Sabah itu turut mengakui kesakitan bersalin mula dirasainya jam 2.00 pagi.

“Alhamdulillah selamat melahirkan pagi tadi.

“Jam 2.00 pagi menahan sakit, tak sampai hati nak kejut Aeril.

“Tunggu la sampai 5.00 pagi, sampai di hospital sudah 9 sentimeter,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

Iklan

Dalam pada itu, Wawa turut berkongsi proses kelahiran yang disifatkan menyakitkan biarpun dia sudah empat kali bersalin.

“Lain macam sakit dia walaupun anak keeempat. Nama belum ada, ada cadangan ke?” titip Wawa.

Ruangan komen kedua-dua akaun Instagram Aeril dan Wawa dihujani ucapan tahniah.

Iklan

Pasangan Aeril dan Wawa Zainal mendirikan rumah tangga pada 2013 dan hasil perkongsian hidup dikurniakan tiga orang anak, Attar, 8, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 6, dan Aya Soffya, 1.

Baca juga: Bina Masjid: Aeril, Wawa Pilih Saham Akhirat, Tangguh Bina Banglo

Baca juga: Wawa Zainal Hamil Anak Keempat, Aeril Zafrel Harap Dapat Cukupkan Lima

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Instagram aeril_zafrel, w4w4_zainal