Badrul Muhayat akhiri zaman duda

BADRUL MUHAYAT - NIKAH 2023
BADRUL MUHAYAT - NIKAH 2023
A
A
A

PELAKON popular era 1990-an, Badrul Muhayat, melangsungkan pernikahan buat kali ketiga apabila selamat disatukan dengan wanita pilihan, Norhayati Zulkapli pada Selasa.

Menurut Badrul atau nama penuhnya Badrul Muhayat Ahmad Jailani, majlis ijab kabul yang berlangsung di Masjid Al Hidayah, Sentul, itu diadakan secara ringkas dan hanya dihadiri keluarga terdekat sahaja.

Memilih tarikh ulang tahun kelahirannya yang ke-55 sebagai simbolik menamatkan zaman duda, Badrul mengakui mengejar masa dan enggan menangguhkan perkara baik.

“Saya sebenarnya mengejar masa. Sebelum ini, sibuk dengan fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kemudian anak-anak sudah mula bersekolah.

“Jadi, masa terlalu cepat dan suntuk, disebabkan itu kami buat keputusan tidak mahu menangguh majlis pernikahan.

“Saya memilih tarikh lahir untuk diijabkabulkan sebagai satu simbolik. Ini kerana saya tidak tahu ajal dan maut di tangan Allah pada usia sekarang,” katanya dalam satu kenyataan.

Difahamkan, bintang yang namanya mula dikenali menerusi filem Harry Boy itu mengenali isteri yang juga merupakan graduan Universiti of Liverpool, England sejak empat bulan lalu, sebelum sepakat untuk mendirikan rumah tangga.

Badrul yang masih aktif berlakon sehingga kini bagaimanapun enggan berkongsi lebih lanjut tentang perkahwinan terbaharunya itu. Sebaliknya hanya akan berbuat demikian pada majlis resepsi yang dijangka diadakan pada Jun atau Julai depan.

Aktor popular ini pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali, namun berakhir dengan penceraian. Menerusi perkahwinan terdahulu, Badrul dikurniakan dua anak berusia 16 dan 14 tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca