BAHAGIA melihat pasangan romantik Aurel Hermansyah atau nama sebenarnya Titania Aurelie Nurhermansyah yang menerima sambutan mewah dari suami sempena hari lahirnya.

Aurel yang juga anak sulung kepada penyanyi Indonesia, Krisdayanti dan Anang Hermansyah itu berkongsi sambutan istimewa tersebut di media sosial.

Tepat jam 12 tengah malam pada 10 Julai sempena ulang tahun kelahiran ke 24, dia menerima kejutan kek dan hiasan belon serta bunga-bungaan berwarna ungu yang melambangkan satu sambutan akan diadakan di tempat eksklusif.

Tanpa pengetahuan empunya diri, suami Aurel yang juga YouTuber terkenal Indonesia, Atta Halilintar, rupanya telah menyewa sebuah kapal mewah dikenali Batavi Phinisi yang dihiasi dengan penuh romantik.

Baca juga Jutawan Indonesia, Raffi Ahmad korban 20 ekor lembu, ada yang cecah 1.3 tan

Bahagia, Aurel Hermansyah terharu hari lahir dirai suami atas kapal mewah
Gambar Instagram aurelie.hermansyah

Ternyata ia berjaya membuat isteri tercinta menangis bahagia saat tiba di atas kapal itu.

Sudah pasti memberikan satu momen terindah apabila Aurel dibawa belayar di tengah laut pada waktu malam sambil ditemani ibunya, Krisdayanti, ahli keluarga dan teman rapat.

Menerusi laporan media Indonesia, Aurel memanjatkan rasa syukur atas segala kurniaan dan rezeki.

“Masya-ALLAH, TabakarAllah, ulang tahun ke 24 ini benar-benar penuh berkat dan juga bertepatan dengan Aidiladha. Suami saya yang luar biasa, selalu penuh dengan kejutan dan membuat saya sebagai isterinya bahagia.

“Terima kasih ya sayang untuk doa, acara ulang tahun yang romantis dan hadiah-hadiah yang buat aku betul-betul terkejut. Sangat extra luar biasa,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, apa yang lebih memberikan keriangan buat wanita itu apabla kek hari lahirnya juga diselitkan bersama tiket penerbangan ke Itali.

Iklan

Baca juga Penyanyi ‘I Believe I Can Fly’, R Kelly dipenjara 30 tahun pemerdagangan seksual wanita, kanak-kanak

Aurel menjerit keriangan apabila melihat kepingan tiket berkenaan kerana itulah impiannya yang telah sekian lama.

Bertuahnya isteri mendapat suami penyayang seperti Aurel kan!

Iklan

Aurel dan suami mendirikan rumah tanga pada 3 April 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ameena Hanna Nur Atta yang dilahirkan pada 22 Februari lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.