Baju disamakan watak hantu : ‘Ada cerita di sebalik busana…’ - Aina Abdul

A
A
A

PERSEMBAHAN penyanyi Aina Abdul menarik perhatian ramai pada episod ketiga Separuh Akhir Muzik Muzik 35 (SFMM35) yang berlangsung semalam.

Selain kelunakan suaranya, busana yang digayakan Aina juga disamakan dengan karakter watak hantu dalam sebuah filem Hollywood.

Tidak melatah dengan perbandingan itu, Aina berkata, dia sudah boleh mengagak perkara itu dan meminta maaf sekiranya ada yang kurang selesa dengan imejnya malam tadi.

“Saya suka bereksperimen dengan fesyen.  Sebenarnya, ada cerita di sebalik busana saya.

“Busana ciptaan Syamil Fazwan itu menggambarkan saya sebagai seorang wanita yang sudah lama meninggalkan masa silamnya.

“Bila orang lihat saya dari busana terbabit, saya nak semua nampak saya sebagai wanita kuat yang datang semula untuk menceritakan apa yang dilalui dahulu,” jelasnya.

Huraian mengenai baju Aina yang dibuat oleh pereka fesyen.

Pada malam terakhir SFMM35 itu, Aina menyampaikan lagu ciptaan sepenuhnya, Semalam dan berjaya melangkah ke pentas Anugerah Juara Lagu 35 (AJL35).

Sebelum ini, Aina pernah menarik perhatian ramai pada persembahan di AJL34, apabila busana yang dipakainya berlumuran darah dan ada yang menyangka beliau membawa jalan cerita membunuh diri.

Dalam pada itu, ditanya mengenai AJL35, Aina berkata, dia sangat bersyukur apabila sekali lagi berjaya melayakkan diri ke pentas berprestij itu.

“Sebagai seorang penyanyi baru, ini adalah satu penghargaan yang sangat tinggi untuk saya.

“Saya sangat berterima kasih kepada barisan juri dan pihak TV3 yang memberikan peluang buat lagu Semalam.

“Sudah tentunya saya tak akan dapat buat semua ini tanpa bantuan pasukan yang menjadi 70 peratus kekuatan saya.

“Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada peminat saya, Ainations. Mereka menjadi nadi dan pembakar semangat untuk saya terus melangkah.

“Insya-Allah, saya akan memberikan sebuah persembahan yang bakal diingati semua di malam AJL35 tahun hadapan. Saya mohon doa semua,” katanya.

[embed]https://youtu.be/g_orQLgDPa4[/embed]

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca