Bakal bergelar ibu, Tasha Shila kini hamil lima bulan

Tasha Shila - Hamil 5 bulan
Tasha Shila - Hamil 5 bulan
A
A
A

PELAKON Tasha Shila berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata pertama apabila kini sedang hamil lima bulan.

Perkongsian tersebut dibuat Tasha atau nama penuhnya Natasha Sheila Abdul Razak, 33, menerusi laman Instagramnya hari ini.

“Syukur alhamdulillah saya suami ingin membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang kini berusia lima bulan,” kongsi Sheila.

Dalam pada itu, pelakon drama Kau Yang Pertama itu turut memohon orang ramai agar mendoakan dirinya dan bayi di dalam kandungan diberikan kesihatan yang baik.

“Saya memohon anda semua doakan yang baik-baik supaya bayi di dalam kandungan dikurniakan kesihatan yang baik dan selamat hingga ke hari kelahiran dan hari-hari selanjutnya, Insya-ALLAH.

“Jujurnya, saya teramat gembira apabila orang sekeliling dan rakan taulan mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan saya sekeluarga.

"Dikesempatan ini Tasha ingin ucapkan semoga kalian dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur serta dipermudahkan segala urusan," katanya.

Tasha dan suami, Muhammad Atiq Idris melangsungkan perkahwinan di Masjid Wilayah Kuala Lumpur pada 28 Februari lalu.

 

(SUMBER/FOTO: Instagram Tasha Shila)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca