Banyak undangan minta kami buat persembahan bersama – Ernie Zakri

September 5, 2020
Oleh Wawann Mohd

PENYANYI Ernie Zakri mengakui kerap diundang mengadakan persembahan bersama Syamel selepas mereka mengikat tali pertunangan pada 15 Ogos lalu.

Menurut Ernie atau nama penuhnya Nur Ernie Shahirah Zakri, 28, dia tiada masalah untuk memenuhi undangan dan permintaan tersebut kerana profesional dalam kerja, selain menganggap ia sebagai rezeki mereka berdua.


“Alhamdulillah rezeki. Kalau sebelum ini, masing-masing dengan jadual kerja sendiri, sejak bertunang ini banyak tawaran minta kami buat persembahan berdua.

“Sebelum ini ada juga diundang buat persembahan bersama, cuma selepas bertunang  ni, ia lebih kerap.

“Saya tidak ada masalah, malah gembira kerana kami dapat bekerja sekali. Ia lebih mudah dan kerja pun berjalan lancar,” katanya yang turut mengadakan persembahan bersama Syamel di majlis resepsi perkahwinan Mira Filzah dan Wan Emir pada Jumaat.

Iklan

Dalam pada itu, pelantun lagu Boneka itu berkata, dia dan Syamel ada perancangan untuk menghasilkan single duet terbaharu sebagai memenuhi permintaan ramai.

“Insya-ALLAH mungkin selepas ini kami akan hasilkan lebih banyak lagu duet. Senanglah nanti untuk buat persembahan bersama.

Iklan

“Apa pun terima kasih atas sokongan peminat yang sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk kami berdua,” akhiri Ernie.

 

(FOTO: Instagram Ernie Zakri)

Iklan

About Wawann Mohd

Biodata Penulis