BAPA kepada penyanyi Aman Aziz iaitu Abdul Aziz Abdullah meninggal dunia kira-kira jam 11.30 malam tadi di Hospital Melaka.

Aman yang dikenali dengan lagu Sulit berkongsi berita sedih itu menerusi akaun Instagramnya malam tadi.

“Assalamualaikum semua, dukacita dimaklumkan ayah saya, Abdul Aziz Abdullah sudah kembali ke rahmatullah pada jam 11.30 malam tadi.

“Mohon semua sedekahkan al-Fatihah dan doakan semoga arwah ayah saya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Terima kasih,” tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi temu bual bersama Harian Metro, Aman memaklumkan bapanya dimasukkan ke hospital akibat kencing manis namun mengalami masalah jantung sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Iklan

“Saya masih berada di Kuala Lumpur sewaktu kakak beritahu ayah sudah mengalami sesak nafas pada jam 2 pagi semalam.

Iklan

“Pada jam 9 pagi, ayah dimasukkan ke zon kuning. Ketika saya tiba, ayah sudah dipindahkan ke zon merah sebelum meninggal dunia,” katanya.