Bapa Haniff ERA meninggal dunia

Haniff Hamzah - ERA
Haniff Hamzah - ERA
A
A
A

PENGACARA dan penyampai radio ERA, Haniff Hamzah baru sahaja kehilangan bapanya, Hamzah Hassan yang dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Difahamkan Allahyarham yang juga merupakan seorang bekas tentera, sebelum ini pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital berkaitan masalah jantung.

Khabar duka yang dikongsi menerusi laman Instagram Hlive itu menarik perhatian ramai dengan memberikan ucapan takziah dan kata-kata semangat buat Haniff dan keluarga agar tabah berdepan kehilangan tersebut.

Haniff mengendalikan segmen Johara Pagi ERA setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 hingga 10 pagi bersama Johan dan Ray.

Selain Haniff, abangnya, Hisham Hamzah juga merupakan seorang penyampai radio dan bertugas di sebuah stesen radio berbahasa Inggeris.

 

(SUMBER: Instagram Hlive)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca