Bapa Ieda Moin meninggal dunia

Ieda Moin
Ieda Moin
A
A
A

PELAKON dan penyanyi Ieda Moin berkongsi berita duka kehilangan bapanya, Abd Moin Abd Ghani, yang meninggal dunia pada pagi Selasa.

Pemergian Allahyarham pada usia 68 tahun itu disebabkan komplikasi pelbagai jenis penyakit  termasuk jangkitan dalam darah dan paru-paru, masalah jantung serta kegagalan buah pinggang.

Ieda atau nama sebenarnya, Siti Haida Abd Moin berkongsi berita duka tersebut menerusi Instagramanya pada hari sama.

“Selamat tinggal.. Abd Moin bin Abd Ghani. 14/4/1952 - 20/10/2020. Alfatihah buat abah,” tulisnya ringkas pada sekeping foto yang menunjukkan pusara arwah bapanya itu.

Difahamkan Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak Jumaat lalu selepas mengadu demam panas dan sesak nafas.

Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudahtul Sakinah, Taman Batu Muda, Gombak. Allahyarham meninggalkan seorang balu, lapan anak dan sembilan cucu.

 

(FOTO: Instagram Ieda Moin)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca