Bapa M.Nasir meninggal dunia
BAPA kepada penyanyi dan komposer terkenal, Datuk M. Nasir iaitu Mohamed Sam, 96, meninggal dunia awal pagi Khamis di Singapura, akibat sakit tua.
Perkhabaran duka itu disampaikan Datin Marlia Musa yang juga isteri kepada M.Nasir menerusi laman Instagramnya sebentar tadi.
“Ayahanda kesayangan kami, Hj Mohamed bin Sam telah berpulang ke rahmahtullah pada pagi ni. Semoga Allah mencucuri rahmatNya,” tulisnya.
Difahamkan M.Nasir yang merupakan anak keempat daripada sembilan adik-beradik itu tidak dapat pulang ke Singapura untuk memberikan penghormatan terakhir disebabkan situasi pandemik Covid-19. Jenazah akan diuruskan oleh adik-beradiknya di sana.
(SUMBER & FOTO: Instagram Marlia Musa)
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang