Bapa meninggal dunia, Anna Jobling hilang penyokong nombor satu

AL-FATIHAH. Bapa kepada pelakon popular, Anna Jobling iaitu Abdul Rahman Jobling Abdullah meninggal dunia, semalam.

Anna atau atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, ketika memaklumkan perkara itu berkata, dia pasti akan merindui kata-kata semangat bapanya yang menjadi penyokong nombor satunya selama ini.

Memetik Harian Metro, kematian bapa sangat memberi kesan emosi terhadapnya.

“Semestinya ia memberi kesan emosi kepada saya. Saya sangat dirahmati kerana mempunyai bapa yang sentiasa menyokong saya dalam segala hal. Apa saja yang saya ingin lakukan.

“Tidak kisah apa, dia cakap asalkan saya buat yang terbaik dan menggembirakan saya. Mohon jasa baik anda semua sedekahkan al-Fatihah kepada arwah,” katanya.

Baca juga Anjur Rumah Terbuka buat peminat di Indonesia, Anna Jobling nafi pilih kasih

Selebriti berusia 23 tahun itu kini sedang menjalani penggambaran drama Indonesia di Bali, Indonesia bagaimanapun enggan berkongsi butiran lanjut mengenai pemergian bapanya itu.

Menurutnya, dia cuba habiskan komitmennya sebelum kembali ke pangkuan keluarga.

Iklan

Terdahulu, Anna pernah meminta orang ramai untuk tidak mengaitkan keluarganya dalam kehidupan glamournya.

Baca juga 8 fakta wanita maut akibat bawaan kutu dikenali virus Oz, kematian pertama di dunia

Bapanya pernah bekerja sebagai jurutera minyak dan gas berasal dari United Kingdom.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!