Bapa mertua Farah Asyikin meninggal dunia

Farah Asyikin
Farah Asyikin
A
A
A

PENYANYI Farah Asyikin berkongsi berita duka kehilangan bapa mertuanya, Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain yang meninggal dunia sekitar jam 5.31 pagi tadi.

Allahyarham yang menghembuskan nafas terakhir pada usia 82 tahun itu, sebelum ini beberapa kali dimasukkan ke hospital.

“Ayah dah tak ada. Ayah mertua yang amat disayangi, Ayahanda Raja Mukhtaruddin Raja Mohd Dain, baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir pada pukul 5:31 pagi tadi,” kongsi Farah menerusi laman Instagramnya sebentara tadi.

Bagaimanapun, Farah berkata, jenazah bapa mertuanya hanya akan dibenarkan dibawa keluar dari hospital selepas keputusan ujian saringan Covid-19 keluar pada petang ini.

“Ayah pergi dengan tenang. Moga ayah ditempatkan bersama para assoliheen. I’ll be missing ayah being with us tremendously.

“Takziah buat suami, Raja Iskandar selaku anak sulung ayah dan seluruh ahli keluarga allahyarham ayahanda Raja Mukhtaruddin yang amat disayangi,” ujar Farah.

 

(FOTO: Instagram Farah Asyikin)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca