Bapa Puteri Aishah meninggal dunia

puteri aishah
puteri aishah
A
A
A

PELAKON Puteri Aishah berkongsi berita duka kehilangan bapanya, Sulaiman Ab Rahman yang meninggal dunia di sebuah hospital di Kuantan, Pahang pada malam Isnin.

Menerusi perkongsian tersebut, Aishah, 28, memohon orang ramai agar mendoakan kesejahteraan buat arwah bapanya.

“Pada sesiapa yang mengenali ayah, Sulaiman Ab Rahman, ayah saya baru meninggal dunia pada 8.35 malam tadi (Isnin).

“Mohon sedekahkan al-Fatihah dan Yasin untuk ayah. Semoga ayah saya ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” tulisnya yang turut memuat naik gambar bersama arwah bapanya menerusi Instagram Stories.

Bagaimanapun pelakon Cina Buta itu tidak memaklumkan punca kematian tersebut. Difahamkan pada Khamis lalu, Allahyarham berada dalam keadaan kritikal dan Aishah sempat pulang untuk bersama keluarganya di Kuantan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca