DERITA penyanyi Tak Tercapai Akalmu, Elyana, berakhir setelah disahkan bebas dan pulih daripada penyakit kanser limfoma tahap empat yang ditanggung sejak 11 tahun lalu.

Selama ini, Elyana dilihat tidak pernah berhenti berharap, jauh sekali menyerah kalah berjuang melawan kesakitan yang dihadapi selama lebih sedekad ketika berjuang melawan kanser tersebut.

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Baru-baru ini, perkongsian Elyana menjadi perhatian apabila mendedahkan identiti doktor perubatan, Dr Mohd Haris Fadzillah Abdul Rahman yang merawatnya selama 10 tahun.

Menerusi posting tersebut, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal itu menyatakan bahawa ALLAH telah mendatangkan pelangi yang telah lama hilang.

Sel kanser Elyana sudah merebak ke rahim, hati dan pangkal paha

Elyana turut meluahkan rasa syukur kepada ALLAH apabila diberi peluang untuk kembali sihat seperti biasa.

“7 Disember 2021. ALLAH SWT mendatangkan pelangi yang dah lama hilang kepada saya. Keputusan scan saya sangat ajaib. Kanser hilang.

“Alhamdulillah… Inilah doktor saya selama 10 tahun saya sakit, Dr Haris. Terima kasih doktor,” tulisnya.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan pengikutnya. Ramai yang gembira apabila penyanyi isu sudah pun bebas daripada kanser serta kagum dengan Elyana yang tidak kenal erti putus asa untuk kembali sihat.

Baca juga [VIDEO] Pengantin malu-malu kena suap, acara potong pulut kuning Heliza Helmi raih perhatian

Terdahulu, Elyana mendedahkan dirinya menghidap kanser limfoma tahap empat pada tahun 2017 di pentas Gegar Vaganza.

Dia mendirikan rumahtangga dengan ahli perniagaan, Khairul Anuar Husin pada 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Cinta Sumayyah, 10 dan memiliki anak angkat, Cinta Ramadhani, dua tahun.