BEKAS penyampai radio, Subi atau nama sebenarnya Subarma Mokhtarudin, 55, meninggal dunia di Hopsital Serdang, pada 1.32 petang Selasa.

Difahamkan Allahyarham Subi yang pernah berkhidmat sebagai penyampai radio Era FM dan Sinar FM itu baru sahaja menjalani pembedahan membuang sebahagian usus di hospital sama, semalam.

Selepas tamat kontrak bersama Suria FM pada 2017, Subi mengendalikan radio Internet dan sistem karaoke sendiri.

Terdahulu media pernah melaporkan Subi terbabit dalam kemalangan jalan raya menyebabkan sikapnya banyak berubah dan menjadi pelupa, kurang daya kesimbangan badan.

Malah sejak empat tahun lalu, Subi juga turut mengalami masalah kehilangan pendengaran di mana telinga kanannya tidak dapat mendengar, manakala telinga kiri pula hanya mampu mendengar sebanyak 30 peratus (%) sahaja.

Iklan

Kehilangan Allahyarham Subi turut dirasai rakan-rakan dan peminat menganggap pemergiannya itu sebagai satu kehilangan besar buat dunia penyiaran radio.

Iklan

Allahyarham  meninggalkan seorang isteri Aishah Saironi, 58, dan dua anak iaitu Nur Adibah, 24, dan Muhammad Yusof, 18.