Bekas penyampai radio Suria FM, Zizi meninggal dunia

ZIZI - BEKAS PENYAMPAI SURIA FM MENINGGAL DUNIA
ZIZI - BEKAS PENYAMPAI SURIA FM MENINGGAL DUNIA
A
A
A

BEKAS penyampai radio Suria FM, Zizi meninggal dunia pada Khamis dipercayai akibat masalah jantung.

Zizi atau atau nama sebenarnya Ahmad Zuwairi Mohd Nor menghembuskan nafas terakhir pada usia 42 tahun di Hospital Melaka sekitar jam 1.47 pagi tadi.

Memetik laporan sebuah portal berita, Allahyarham dikatakan telah dikejarkan ke hospital selepas tidak sedarkan diri pada jam 11 malam di rumahnya.

Menurut isterinya, Noor Hidayah Sabidi, Zizi masuk ke bilik untuk berehat selepas mengadu badannya penat.

Bagaimanapun, beberapa ketika selepas itu Allahyarham tidak memberi maklum balas ketika dipanggil menyebabkan isterinya terus menghubungi ambulans untuk membawa Zizi ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tiga anak yang berusia antara 2 tahun hingga 6 tahun. Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Katil, Melaka, hari ini.

Ketika berkhidmat di Suria, Zizi pernah bergandingan bersama Halim Othman dan Sharifah Shahira menerusi Breakfast@Suria sebelum bergandingan dengan Myra menerusi Menu Ceria Suria.

Sebelum Suria, Allahyarham juga pernah berkhidmat bergelar penyampaidi Xfresh FM dan Era FM.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca