NAMA pelakon Hannah Delisha, 25, terus menjadi perhatian setelah didakwa sudah mendirikan rumah tangga pada tahun lepas.

Dakwaan itu dikuatkan dengan perkongsian gambar yang dibuat oleh ibu mertuanya Hannah iaitu pelakon veteran Singapura, Mariana Yati serta pengacara dan pelakon, Eleena Sui.

Apa yang menarik perhatian, Eleena berkongsi foto dirinya di atas pelamin yang mirip dengan pelamin Hannah tetapi gambar itu dimuat naik pada 19 Februari 2020.

Lebih menguatkan spekulasi apabila gambar itu menyaksikan Eleena belum lagi hamil, berbanding perkongsian terbaharu yang kini sedang sarat hamil anak pertama.

Gambar yang dikongsi Eleena di akaun Instagramnya pada 19 Februari 2020 dan gambar terkininya (kanan).

Justeru ada warganet yang mendakwa mereka sebenarnya sudah menikah setahun lebih awal iaitu pada 18 Februari 2020 dan bukannya 18 Februari lalu.

Bagaimanapun ada juga netizen yang meminta isu sebegini tidak diperbesarkan apatah lagi Hannah dan Imam sudah berbuat kebaikan dengan mendirikan rumah tangga.

Iklan

Hannah dan Imam Shah sebelum ini berkongsi khabar gembira mengenai perkahwinan mereka yang berlangsung di Singapura pada 18 Februari lalu.

Iklan
Hannah dan Imam bersama Mariana, yang juga pelakon lama Singapura.

Namun sejak beberapa hari lalu, perkahwinan Hannah dan Imam dilanda kontroversi apabila ibu Hannah dikatakan tidak merestui perkahwinan anaknya itu.

Sehingga kini Hannah dan Imam tidak memberi apa-apa kenyataan mengenai dakwaan yang tular itu.