MESKI berat hati, penyanyi Tomok mengumumkan penutupan perniagaan tudung jenama miliknya, Arriandra pada Khamis.

Menurut Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 36, keputusan tersebut terpaksa dilakukan selepas perniagaan yang diusahakan lebih lima tahun lalu itu gagal bertahan.

“Berat untuk saya, tapi ianya kena dilakukan. Terima kasih kepada anda semua yang pernah sokong Arriandra.

“Pada yang pernah bekerja dengan kami, yang pernah beli tudung dari kami, yang pernah datang booth dan juga beli secara online.

“Secara rasminya Arriandra ditutup hari ini (Khamis). Nanti saya cari tempat untuk habiskan baki tudung yang ada.

“Insya-ALLAH ada yang lebih baik di masa yang akan datang. Amin,” kongsi Tomok di laman Instagramnya.

Menerusi perkongsian tersebut, pelantun lagu Bekas Kekasih itu juga memuat naik sebuah rakaman video yang menunjukkan barangan jualan yang masih berbaki.

“Sudah beberapa tahun dah kita cuba untuk survive, tapi bisnes ada naik turun. Hari ini kita terpaksa pindah keluar dari tempat ini.

Iklan

“Saya akan buat clearance sale nanti. Insya-ALLAH jika ada sesiapa berminat, saya nak jual murah-murah saja.

“Mungkin harga serendah RM5 atau RM10, dah nak tutup kedai ni,” kata Tomok.

Iklan

 

(FOTO: Instagram Tomok)