PELAKON Puteri Aishah dikejarkan ke hospital apabila mengalami kecederaan serius pada bahagian jari kelingking kiri, pada Isnin.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku ketika pelakon filem Pulang itu sedang memotong buah dan tanpa sengaja terhiris jari kelingkingnya sehingga terkoyak.

Berita tersebut dikongsi pengurusnya, Iman Tang menerusi Instagram miliknya semalam.

“Sewaktu kejadian, Puteri Aishah mahu memotong buah. Mungkin disebabkan buah terlalu keras dan pisau pula licin, lantas menghiris jari kelingking sebelah kiri hingga terkoyak dan mengalirkan banyak darah.

“Mujur ketika itu Puteri ditemani seorang teman dan segera membawanya ke sebuah pusat perubatan swasta untuk mendapatkan rawatan akibat pendarahan yang begitu teruk,” kata Iman sebagaimana dilaporkan.

Iklan

Bagaimanapun selepas menjalani pembedahan Puteri Aishah kini dalam keadaan stabil dan sedang berehat.

 

Iklan

(FOTO: Instagram Iman Tang & Puteri Aishah)