Bergantung alat bantuan pernafasan, Shahrulezad kongsi keadaan terkini Nad Zainal
“Keadaan Nad sekejap kritikal, sekejap tidak. Tetapi dia bergantung pada alat bantuan pernafasan selepas ditidurkan sejak petang semalam,” jelas pengarah dan penerbit Shahrulezad Mohammedin.
Shahrulezad yang juga pengarah drama Cina Buta yang turut dibintangi Nad selaku teraju utama sempat menziarahi aktres berusia 32 tahun itu yang kini di rawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), sebuah pusat perubatan di Ampang.
Ujarnya, apa yang dapat dilakukan oleh semua kini adalah doa buat Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin kembali pulih.
“Doktor maklumkan mereka akan sedaya upaya buat yang terbaik untuk pulihkan Nad. Sekarang Nad diberikan antibiotik untuk melawan kuman yang ada di paru-parunya,” jelasnya.
Selain Shahrulezad, antara lain yang menziarahi Nad di hospital sejak tengah hari tadi adalah Ungku Ismail, Sharifah Sakinah, Sharifah Amani, Sherry Alhadad, Aliff Aziz, Bella Astillah, Nadiyah Nisaa dan Didie Alias.
Rakan selebriti lain juga turut mengambil inisiatif untuk memohon doa dari orang ramai agar ibu kepada dua cahaya mata itu diberikan kesembuhan.
Terdahulu Nad dilaporkan dimasukkan ke ICU di Pusat Perubatan Ampang akibat jangkitan kuman di paru-paru.
BERITA BERKAITAN Paru-paru dipenuhi darah, Nad Zainal kritikal
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang