Berita mati dibunuh anak lelaki hanya palsu, Veena Kapoor rupa-rupanya masih hidup

A
A
A

PELAKON Bollywood, Veena kapoor yang dikatakan meninggal dunia akibat dibunuh anak lelakinya baru-baru ini sebenarnya masih hidup dan tampil menafikan berita tersebut.

Veena, 74, berkata, dia masih hidup dan mangsa yang dilaporkan mati dibunuh itu adalah individu berbeza meskipun memiliki nama sama.

Tidak mahu orang ramai terus terpedaya, pelakon drama Bhabhi itu tampil membuat laporan polis bersama anak lelakinya, sekali gus menghentikan berita palsu yang mengejutkan dunia hiburan Bollywood itu.

“Ini berita palsu. Saya Veena Kapoor masih hidup dan berada dalam keadaan baik, belum mati.

“Jangan percaya khabar angin. Memang ada wanita yang mati dibunuh dan memiliki nama sama dengan saya, tetapi itu bukan saya.

“Saya tinggal di Goregaon, wanita yang dibunuh itu menetap di Juhu,” jelasnya sebagaimana dilaporkan portal Hindustan Times.

Tambahnya lagi, sejak berita kematian ‘Veena Kapoor’ tersebar, dia dan keluarga dihujani panggilan telefon sehingga emosinya terganggu dan tidak dapat fokus kepada kerja yang dilakukan.

“Saya sakit kepala kerana terpaksa melayan panggilan yang tanpa henti kerana berita ini dan ia juga menganggu kesihatan saya,” katanya.

Terdahulu, Veena dilaporkan dibunuh anak lelaki menggunakan kayu besbol sehingga mati sebelum mayatnya dicampak ke dalam sungai gara-gara pergaduhan melibatkan perebutan harta.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca