Berita saya sudah berkahwin adalah benar – Elizabeth Tan selamat bergelar isteri

Elizabeth Tan - Lizzy
Elizabeth Tan - Lizzy
A
A
A

PENYANYI Elizabeth Tan mengesahkan berita berkenaan majlis perkahwinannya dengan seorang ahli perniagaan, Siew Jim, 30, yang hangat diperkatakan hari ini adalah benar.

Pemilik nama sebenar, Elizabeth Tan Su Mei atau lebih mesra disapa sebagai Lizzy, 28, turut memohon maaf kerana berita tersebut tular sebelum sempat mengumumkan sendiri.

“Saya memang rancang untuk umum (berita perkahwinan) pada semua apabila saya dah bersedia.

“Saya ambil keputusan untuk tidak menghebohkan isu perkahwinan kerana pada saya ini adalah isu kecil sahaja.

“Gambar dan video yang telah tersebar yang menyatakan saya sudah berkahwin adalah benar. Perkahwinan ini adalah satu perkara yang sangat peribadi untuk saya.

“Saya ingin memohon maaf sekali lagi kerana tidak dapat menjemput ahli keluarga yang lain, serta rakan-rakan media,” jelasnya menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan syarikat rakamannya, Warner muzik sebentar tadi.

Menurut penyanyi Semua Sudah itu, majlis perkahwinannya yang berlangsung pada Sabtu, hanya diadakan secara ringkas dan tertutup bagi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Majlis semalam adalah sangat intimate dan kecil sebagai langkah mematuhi SOP dan hanya dihadiri oleh 10 orang tetamu yang merupakan ahli keluarga serta kenalan rapat saya sahaja.

“Pada saya, keputusan memilih untuk berkahwin ini tidak mengubah apa-apa. Saya masih Lizzy yang sama dan saya harap semua dapat terima dan hormat keputusan saya,” katanya.

Berita perkahwinan Lizzy mula menjadi bualan pada hari ini apabila fotonya mengenakan gaun pengantin bersama pasangan dalam satu upacara perkahwinan tular di media sosial.

Malah bapa Lizzy sendiri, David Tan Suan Chew juga berkongsi foto tersebut di laman Facebook miliknya dengan kapsyen, ‘My youngest daughter Elizabeth’.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca