SETIAP yang hidup pastinya akan dijemput Illahi. Tidak kira cepat atau lambat, ia adalah sesuatu yang pasti. Tanpa diduga, tengah hari semalam, selebriti Norman Hakim memaklumkan khabar sedihnya mengenai kehilangan doktor yang paling disayanginya dan keluarga bernama Zarina Bibi.

Masakan tidak, dianggap sebagai doktor kesayangan kerana banyak menabur budi terhadap keluarganya.

Lebih menyedihnya, kongsi Norman melalui satu posting khasnya di Instagram, doktor berkenaan merupakan figura hebat yang bertanggungjawab menyambut kelahiran keenam-enam orang anaknya.

 

View this post on Instagram

 

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un ‎(إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ) Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” . . AL-FATIHAH buat Allahyarhamah DR.ZARINA BIBI yang telah kembali ke rahmatullah… . . Doktor yg menyambut kelahiran dari anak pertama saya Mohamed Danish Hakim hinggalah ke Mikayla Delisha Hakim.Doktor yang saya anggap dah mcm ibu saya sendiri.Doktor yang mengajar saya untuk buat air selusuh sendiri untuk diberi minum kepada ibu2 yg melahirkan anak2 saya sebab air selusuh dari air tangan suami adalah yang paling afdal katanya . . Saya paling banyak terkesan atas ‘pemergian’ Dr.Zarina.Dia sentiasa ada untuk saya tak kira masa tiap kali saya perlukan dia bagi pihak ibu2 kpd anak2 saya dan juga tiap kali anak2 tak sihat dan sebagainya.Banyak ilmu jasmani seiring rohani yg dikongsikan terutama dalam mendidik dan membesarkan anak2 . . Kali terakhir berjumpa dalam pertengahan bulan Februari 2020 untuk suntikan Mikayla utk usia 18 bulan,maknanya yg terakhir utk Mikayla.Masa tu Doktor Zarina sebak & nangis cakap “lepas ni tak tau bila lagi dapat jumpa,kan?” Saya sambut dgn nada gurau “In shaa Allah lepas ni next anak kita jumpa lagi Doktor” . . Tapi bila dia dah takde,baru kita dapat nilai kata2 terakhir dia dlm nada sebak tu mmg benar2 petanda yg dia nak tinggalkan kita.Allahu sedih sgt2 rasa ni,dada saya berombak hening & hiba tiap kali teringatkan momen dari dia sambut kelahiran anak saya yg pertama sampai la yg ke-6 . . Setiap kali jumpa,setiap kali tu bila saya nak bagi duit mcm buat pada mak sendiri,dia akan tolak & tak nak terima.Tapi bila saya cakap terimalah umpama dari seorang anak,dgn berat hati dia terima dan terus angkat tangan ke langit mendoakan saya dan keluarga . . Terima kasih untuk segala jasa Doktor buat saya seisi keluarga.Pada ketika ni,saya sangat2 rindukan Doktor😭Besar sgt jasa & pengorbanan Doktor pada saya.Saya harap sangat2 kita dapat jumpa lagi kat dunia yg lagi satu selepas ni.Semoga Roh Doktor ditempatkan dikalangan para Syuhada . . Kawan2…mohon sedekahkan Al-Fatihah buat Dr.Zarina Bibi semoga Allah s.w.t mencucuri rahmat ke atas rohnya…AL-FATIHAH❤️

A post shared by Khalifah Allah (@normanhakim_786) on

Pada masa sama, Norman yang turut menganggap Allahyarhamah Dr Zarina Bibi saling tak tumpah seperti ibu kandungnya dan sempat mengajar Norman membuat air selusuh khusus untuk isteri sebagai ikhtiar bagi memudahkan proses melahirkan bayi.

Iklan

Pelakon berusia 44 tahun itu juga sempat berkongsi bahawa perbualan terakhir mereka berdua pada bulan Februari lalu sewaktu bayi bongsunya menerima rawatan. Namun demikian, tanpa diduga itulah detik terakhir pertemuan mereka.

Sementara itu, isterinya, Memey Suhaiza turut mendedahkan Dr Zarina memiliki kepribadian yang sangat baik dan sentiasa membantunya sepanjang proses bersalin anak-anaknya.

Iklan

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan salam takziah dari kami di SinarPlus.