Berkahwin kali kedua, Balkisyh kembali bergelar isteri

Balkisyh Semundur Khan kahwin kali kedua
Balkisyh Semundur Khan kahwin kali kedua
A
A
A

PELAKON Balkisyh Semundur Khan, 33, kembali bergelar isteri selepas selamat disatukan dengan lelaki pilihan, Mohd Nazri Zakaria, pada petang Sabtu.

Pernikahan kali kedua Balkisyh setelah tiga tahun bergelar ibu tunggal itu berlangsung di Pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI),  berwalikan wali hakim dengan disaksikan kira-kira 20 orang tetamu.

“Alhamdulillah saya sah bergelar isteri sekali lagi. Akhirnya segala kesukaran saya untuk mencari bapa kandung, Semundur Khan Gulam Khan sebagai wali diselesaikan dengan bantuan JAWI.

"Saya berdepan kesukaran menjejak bapa kandung untuk menjadi wali dan pihak JAWI akhirnya meminta saya menghantar permohonan untuk menggunakan wali hakim,” katanya yang pernah lapan kali turun naik pejabat agama untuk tujuan itu.

Berkongsi tentang perkenalannya dengan suami, pelakon drama Mak Cun itu berkata, dia mengenali suami yang juga merupakan seorang petugas barisan hadapan berstatus duda, kira-kira tiga tahun lalu.

“Dia adalah lelaki yang boleh menerima masalah dan pahit getir hidup saya, malah selama perkenalan, segala kesukaran dilalui bersama.

“Lebih utama, dia dapat menerima dan serasi dengan dua anak saya. Kebaikan dan peribadi dimilikinya juga mengatasi segala galanya,” katanya.

Terdahulu Balkisyh pernah berkahwin dengan Mohd Aizad Rosli pada 2007, sebelum bercerai pada 5 September 2017. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua anak iaitu Nur Qalesya, 9, dan Muhamad Nor Qaisyh Khan, 4.

 

(FOTO: @bynanaazmanstudio)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca