SETELAH 12 hari positif Covid-19, Datin Paduka Eina Azman dan suaminya, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah yang dimasukkan ke sebuah pusat perubatan berikutan kekurangan oksigen dalam badan sudah dibenarkan pulang ke rumah.

Pelakon cantik itu turut menceritakan detik yang paling ditakuti apabila keadaan suaminya yang disahkan berada pada tahap empat sehingga memerlukan bantuan alat pernafasan.

“Syukur selepas 12 hari mendebarkan buat saya dana keluarga bila memikirkan suami yang kena tahap empat dan paru-paru yang sudah merebak 30 peratus oksigen turun naik.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

“Doktor pun ada bagitau jika dalam dua, tiga hari tak okey suami kena masuk ke Unit Rawatan Rapi (ICU). Kalau boleh saya memang tak mahu suami masuk situ.

“Saya tak tahu macam mana nak cakap perasaan pada waktu itu. Hanya ALLAH saja yang tahu saya tak senang duduk memikirkan apa patut saya buat.

“Saya juga sudah cuba bermacam ikhtiar, cara untuk sembuhkan suami saya. Dan sekarang suami saya sudah pulang ke rumah. Ini semua mungkin berkat doa anda semua yang dimakbulkan ALLAH,” coretnya di Instagram.

Eina Azman, suami positif Covid-19 di hari ulang tahun perkahwinan

Iklan

Dalam pada itu, Eina turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua yang mendoakan kesihatan mereka sekeluarga berdepan serangan virus berbahaya itu.

Iklan

“Di sini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada keluarga, kawan dan pengikut Instagram saya yang tidak putus mendoakan serta berkongsi tip untuk sembuhkan suami saya.

Baca juga [VIDEO] Mungkin sebelum ini saya selalu bersangka buruk dengan ALLAH – Amar Asyraf

“Saya tidak mampu membalas semua mesej di WhatsApp dan hanya mampu mengucapkan terima kasih kepada semua yang memberikan doa yang baik-baik kepada kami dan pembantu kami,” ujarnya.

Terdahulu, pada 31 Ogos lalu serentak dengan sambutan ulang tahun ke tujuh perkahwinan mereka, ibu kepada sepasang kembar itu memaklumkan dia dan suami bersama dua pembantu rumah mereka disahkan positif.