‘Bermula satu perjalanan baru’, Fizi Ali akhiri zaman duda

PENYAMPAI radio, Fizi Ali selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya yang juga rakan niaganya, Tiz Ikha.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh pemilik nama sebenar Mohd Fifizudin Alimudin di Instagram miliknya sebentar tadi.

Menurut Fizi, dia bersyukur dan gembira untuk memulakan perjalanan sebagai seorang suami semula.

Tambah Fizi, dia berharap semua peminat mendoakan yang terbaik buat dirinya dan isteri.

“Alhamdulillah syukur. Bermula satu perjalanan baru dalam hidup kami.

“Terima kasih semua yang mendoakan yang baik untuk kami. Semoga doa yang baik kembali semula dekat kalian,” coretnya.

Baca juga Bertugas di stesen radio popular HotFM, ‘jodoh’ Fizi Ali, Aisha Mazlin akui dirinya tetap sama, tiada yang berubah

Februari lalu, Fizi pernah mengaku bahawa dia sedang mengenali hati budi Tiz, namun hubungan mereka masih di peringkat awal perkenalan.

Ujar fizi, dia tidak takut untuk kembali mendirikan rumah tangga biarpun pernah melalui fasa keruntuhan rumah tangga.

Iklan

Baca juga Let’s move on – Shakilla Khoriri

Sekadar info, Fizi dan Shakilla Khoriri mendirikan rumah tangga pada 18 Februari 2018 dan bercerai selepas tiga tahun melayari bahtera rumah tangga bersama.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nurul Ameena Sofia pada 2019.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!