PELAKON dan pengacara, Janna Nick tampil memohon maaf secara terbuka ekoran tindakannya bertelingkah dengan netizen sehingga mencetuskan perbalahan baru-baru ini.

Jelas Janna, dia menyedari kesilapan dan menyifatkan tindakannya itu sebagai perbuatan bodoh.

“Saya buat video ini untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada semua yang tengok video ini, kepada semua yang sakit hati dengan Janna Nick.

“Jadi saya nak minta maaf sangat-sangat. Saya rasa saya dah mulakan tahun 2021 ini dengan negatif, gaduh dengan netizen.

“Bodohnya lah saya ini…. Okay saya mengaku saya bodoh, sayalah ‘loser’ itu, saya tak patut gaduh dengan netizen,” ujarnya sambil menahan sebak.

Tambah Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, 26, apa yang membuatkannya lebih tersentuh apabila peminat masih memberi sokongan terhadap karier lakonannya.

“Bila Melastik Ke Hatimu keluar, apabila anda sokong drama itu, jadikannya trending dan betul-betul suka drama itu, saya rasa sedih sangat.

“Saya gaduh dengan orang, gaduh dengan peminat, gaduh dengan orang yang sokong saya tetapi korang jugalah yang sokong drama saya.

“Janna satu netizen kosong itu mengarutlah! Saya minta maaf sangat-sangat, saya tak nak gaduh lagi dengan korang.

Iklan

“Kenyataan saya pasal orang biasa dengan artis itu, saya betul-betul tiada niat untuk bezakan artis dengan orang biasa, tapi saya tetap mengaku salah saya.

“Di sini saya nak beritahu, artis pun orang biasa juga. Saya orang biasa, saya buat salah, saya minta maaf.

“Saya di sini harap sangat anda maafkan saya, saya Cuma nak mulakan tahun 2021 ini dengan positif,” jelasnya.

Iklan

Permohonan maaf itu turut disambut baik oleh peminat, rakan artis dan teman lelakinya, Dini Schatzmann.

Pada awal Januari lalu, Janna menjadi perbualan hangat netizen selpas dia menulis status di Twitter yang membandingkan garis panduan penapisan filem tempatan dan luar negara.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)