DI awal pembabitannya dalam dunia seni, nama Kilafairy sering dikaitkan dengan imej seksi dan berani.

Namun siapalah kita untuk menghukum kerana hidayah itu sesungguhnya milik ALLAH SWT.

Bermula dengan perubahan secara perlahan-lahan dalam berpakaian pada awal tahun 2020, berkat doa ibu dan bapanya, Kila atau nama sebenarnya Syakila Nisa Jahangir Khan tekad untuk berhijab sepenuhnya.

Mengakui dia kini merasa lebih tenang selepas berhijab, wanita berusia 29 tahun ini berharap mendapat keredaan ALLAH SWT dalam apa sahaja perkara yang dilakukannya.

“Alhamdulillah, saya rasa lebih tenang. Paling penting, dalam apa jua perkara yang saya lakukan, saya buat kerana ALLAH SWT, kehidupan saya juga rasa lebih mudah.

“Saya tidak lagi mementingkan duniawi. Ffokus saya adalah mengejar amal untuk bekalan selepas ini,” ujarnya membuka bicara kepada SinarPlus.

Kilafairy memberitahu doa keluarga antara menjadi penyebab dia tekad berubah.

Tambah anak kepada penyanyi Rohana Jalil itu, apa yang diharapkan selepas ini adalah kekal istiqamah.

“Ramai suka dengan imej saya sekarang kini. Kalau ada pun yang beranggapan negatif, saya doakan mereka mendapat ketenangan hati.

“Bagi saya apa yang penting, adalah hubungan saya dengan ALLAH SWT,” jelasnya.

Akui Kilafairy, biarpun jarang kelihatan di kaca televisyen, namun rezekinya dalam bidang seni tidak pernah putus.

Namun dia lebih selesa untuk kekal selektif dan mengutamakan kualiti dalam bekerja.

“Tawaran tak pernah putus macam air, syukur pada ALLAH. Cuma saya pilih mana yang sesuai sahaja.

“Insya-ALLAH kalau keadaan semakin pulih, saya akan memulakan penggambaran muzik video lagu terbaharu saya.

“Lagu pop berjudul Ratu hasil ciptaan Shazee Ishak bersama Audi Mok itu sudah dirakamkan beberapa bulan lalu. Cuma disebabkan situasi semasa, proses untuk menyiapkan lagu ini jadi tertangguh.

“Saya juga sempat menyelesaikan satu penggambaran telefilem, cuma tak pasti bila ia akan ditayangkan,” katanya yang pernah membintangi filem Karak dan Blok 404.

Giliran Kilafairy membantu

Berkongsi perkembangan terkini, Kilafairy berkata, dia baru sahaja menjalinkan kerjasama dengan jenama produk kecantikan, UFORA.

Jelas Kilafairy, pengasasnya, Supia Saupi, 28, memperkenalkan Skim Dropship Tanpa Modal menerusi penjualan produk lipsmate UFORA X KILAFAIRY.

Iklan

Ia sekali gus memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk menjana pendapatan tanpa modal.

“Saya dan UFORA bekerjasama mengeluarkan produk lipsmate dengan empat pilihan warna.

“Namun tidak hanya memasarkan produk, kami juga mahu mengajak orang ramai yang mungkin hilang punca pendapatan atau berminat nak berniaga tetapi tiada modal untuk jana pendapatan,” ujarnya.

Kilfairy menjalinkan kerjasama selama dua bulan bersama Ufora. Gambar kanan, Kilafairy bersama pengasas Ufora, Supia Saupi. (Foto : Ufora)

Bercerita mengenai kerjasama itu, Kilafairy berkata, dia dihubungi Supia yang berminat untuk berkolaboratif.

Akui Kila, dia sendiri pada awalnya tidak yakin untuk bekerjasama dengan produk tempatan  terutama rangkaian alat solekan kerana tidak pernah mencubanya.

Iklan

“Sejujurnya saya tidak pernah cuba produk tempatan dan bila Supia hubungi, saya tertarik untuk mencuba setelah diyakinkan.

“Bila dah cuba, memang saya terkejut sebab tekstur lipsmatte ini setanding dengan jenama antarabangsa dan harga pun berpatutan,” ujarnya yang akan bekerjasama dengan UFORA untuk tempoh dua bulan.

Tidak hanya fokus terhadap pemasaran UFORA, Kila berkata, perniagaannya di bawah jenama Kilafit juga berada di paksi sama untuk membantu mereka yang terjejas atau hilang pekerjaan akibat pandemik Covid-19.

“Alhamdulillah walaupun berada dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perniagaan saya masih baik.

“Saya bersama team cuba sedaya upaya untuk bantu mereka yang terjejas dengan cara memberi peluang perniagaan,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kilafairy (@kilafairyofficial)