Bibir terkoyak, anak pasangan Shaheizy Sam dan Syatilla terima tujuh jahitan

Syatilla Melvin
Syatilla Melvin
A
A
A

PELAKON Syatilla Melvin berkongsi detik cemas apabila anak sulungnya, Syeriv Samheizy, 4, dikejarkan ke hospital dan menerima tujuh jahitan akibat kecederaan di bibir akibat terjatuh.

Syatilla menerusi perkongsian di laman Instagram memberitahu, kejadian tersebut berlaku ketika suaminya, Shaheizy Sam berada di luar kawasan menjalani penggambaran.

“Ya Allah moment di atas sampai bila-bila takkan bubu (ibu) lupa. Sedihnya ya Allah tengok anak kita macam tu.

“Terpaksa tidurkan dia untuk jahit bibir dia atau dia akan meronta-ronta kalau jahit dalam keadaan sedar,” katanya.

Menurut Syatilla, dia tidak dapat menahan air mata melihat keadaan anak kecilnya itu yang terpaksa menjalani prosedur pembedahan kecil.

“Ya Allah macam air terjun air mata bubu ni. Ini baru sikit, tiba-tiba terdetik macamanalah perasaan mak-mak yang kena hadap anak kecik sakit kronik, kanser dan sebagainya.

“Moga Allah kuatkan semangat ibu-ibu semua! Macam ini pun rasa tak sanggup tengok,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon Sha dan Shah itu berkata, dia terpaksa kembali ke set penggambaran untuk menyelesaikan penggambaran kempen Aidilfitri produk jenamanya.

“Bayangkan hati tak senang fikir anak tiba-tiba kena lari sambung penggambaran. Terpaksa akur untuk menghormati masa orang lain yang terlibat sama. Mereka pun ada famili tunggu kat rumah.

“Susah hati jangan cakaplah, tapi alhamdulillah Allah lancarkan semua. Daripada sedih tiba-tiba kena bertukar buat lawak dalam campaign #rinduasmararaya. Kalau korang, agak-agak mampu tak?

“Inilah yang dikatakan korban perasaan untuk kerja. Saya memang tabik orang-orang yang berjaya lalui, apa yang saya baru lalui hari ini.

“Mungkin orang luar nampak biasa, tapi bagi saya sangat luar biasa. Doakan Syeriv cepat sembuh, cepat boleh minum susu balik. Tujuh jahitan habuan untuk anak bubu hari ini,” ujarnya.

 

(FOTO: Instagram Syatilla Melvin)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca