Britney Spears, Sam Asghari akhirnya bertunang

A
A
A

PENYANYI terkenal, Britney Spears mengejutkan peminat dengan mengumumkan pertunangannya dengan kekasih, Sam Asghari setelah hampir lima tahun bercinta.

Pengumuman tersebut dibuat bintang pop itu menerusi sebuah video yang dimuat naik dalam Instagramnya semalam.

Britney, yang baru-baru ini mempertahankan haknya di mahkamah bagi mencabar bapanya yang menguruskan ehwal peribadi dan kedudukan kewangannya, memuat naik video dia berdiri di sebelah Asghari dan menunjukkan cincin di jari manis.

"Saya masih tidak percaya," tulisnya ringkas di ruangan kapsyen video tersebut.

Pengurus Asghari, Brandon Cohen mengesahkan berita gembira tersebut kepada portal People.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Katanya, pasangan itu merasmikan hubungan mereka semalam dan sangat tersentuh dengan sokongan dan kasih sayang yang diberikan orang ramai terhadap mereka.

Britney Spears, Sam Asghari akhirnya bertunang

Dalam pada itu, Cohen turut memberitahu, cincin tunang Britney direka oleh pereka barang kemas, N.Y.C , Roman

Malayev.

Britney, 39, sudah berkahwin dua kali sebelum ini. Dia mengahwini kawan zaman kanak-kanaknya, Jason Alexander di Las Vegas pada 2004 tetapi perkahwinan itu dibatalkan beberapa hari kemudian.

Pada tahun yang sama, Britney berkahwin lagi dengan penari Kevin Federline, dan mereka dikurniakan dua anak lelaki, sebelum akhirnya bercerai pada 2007.

Asghari, 27 tahun, adalah seorang jurulatih peribadi dan pelakon yang muncul dalam siri Showtime, "Black

Monday".

Baca juga Memang melampau! Ubah laungan azan jadi lagu untuk rancangan tarian

Terdahulu, Britney mengejutkan dunia dengan pengakuan kepada Mahkamah Los Angelas, Amerika Syarikat apabila mengatakan dia mengalami kemurungan teruk kerana kehidupannya dikawal seperti hamba oleh bapanya sendiri.

Bapanya, Jamie Spears diberi hak penjagaan oleh mahkamah untuk menguruskan kehidupan dan aset penyanyi itu yang dianggarkan menilai RM250 juta sejak 13 tahun lalu selepas Britney disahkan mempunyai masalah mental.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca