SALURAN  stesen televisyen muzik Korea Selatan, Mnet menerima kecaman daripada warga netizen akibat tindakan mereka yang dilaporkan mengubah suai laungan suara azan untuk dijadikan muzik latar sebuah acara tarian hip hop.

Kejadian yang sangat mengaibkan dan disifatkan sebagai kurang ajar itu berlaku menerusi program tarian Street Woman Fighter baru-baru ini.

Difahamkan pihak penerbit program menggunakan muzik latar tersebut ketika ingin memperkenalkan barisan peserta yang menyertai program realiti tarian berkenaan.

Susulan daripada itu, peminat beragama Islam meluahkan rasa tidak puas hati terhadap tindakan stesen televisyen tersebut selain bimbang akan tercetusnya perasaan perkauman.

Biarpun saluran tersebut telah membuat permohonan maaf dan mengatakan muzik berkenaan diambil daripada sedutan lagu artis Britain, Losers bertajuk Azan, namun peminat masih berasa tidak berpuas hati.

Meskipun Mnet telah menjelaskan situasi sebenar, rata-rata peminat tetap menginginkan stesen televisyen itu bertanggungjawab terhadap insiden yang berlaku.

Berikut antara kritikan peminat yang menyelar tindakan Mnet di Twitter:

Iklan

Iklan

 

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram