BTS catat rekod tertinggi kalahkan Blackpink dengan 101.1 Juta tontonan kurang 24 jam

PENANGAN muzik K-Pop memang tidak boleh disangkal lagi apabila kali ini kumpulan anak muda dari Korea, BTS pula berjaya mencipta sejarah kerana lagu terbaru mereka berjudul Dynamite mencatatkan jumlah tontonan tertinggi dalam masa 24 jam.

A

Lagu Dynamite merupakan single Inggeris daripada kumpulan BTS yang dilancarkan pada 21 Ogos 2020 pada jam 1 petang waktu Korea, sekali gus dengan muzik video.

Wow! Video muzik ketujuh BTS 'Blood Sweat & Tears' cecah 600 juta tontonan di YouTube

Pada 23 Ogos, YouTube mendedahkan muzik video Dynamite telah memperoleh sebanyak 101.1 juta tontonan dalam tempoh 24 jam sejak dilancarkan, secara tidak langsung memecahkan rekod yang dipegang Blackpink menerusi lagu How You Like That yang mencapai 86.3 juta tontonan.

Kiraan tontonan rasmi YouTube sering kali berbeza dengan jumlah sebenar real time. Berdasarkan perkiraan rasmi YouTube, ternyata tontonan muzik video Dynamite mencapai jumlah yang lebih tinggi daripada jumlah tontonan 98.3 juta yang dilihat pada laman web dalam masa 24 jam.

https://www.youtube.com/watch?v=gdZLi9oWNZg#action=share

Walaupun dilaporkan bahawa Dynamite mencatatkan tontonan tayangan perdana YouTube yang paling tinggi dalam sejarah, YouTube kini telah pun mengesahkan fakta ini dan mendedahkan bahawa muzik video ini mempunyai lebih daripada 3 juta penonton secara langsung dalam satu ketika. Rekod sebelumnya dipegang oleh video muzik How You Like That daripada Blacpink, yang mempunyai sebanyak 1.66 juta penonton serentak.

Wah, memang bukan biasa-biasa BTS ni, tahniah!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca