BTS kumpulan Korea Selatan pertama duduki tangga teratas carta Billboard

Wow! Video muzik ketujuh BTS 'Blood Sweat & Tears' cecah 600 juta tontonan di YouTube
Wow! Video muzik ketujuh BTS 'Blood Sweat & Tears' cecah 600 juta tontonan di YouTube
A
A
A

REKOD demi rekod berjaya dipecahkan! Kumpulan K-Pop terkemuka, BTS sekali lagi memecah rekod dunia dengan menjadi kumpulan Korea Selatan pertama yang menduduki tangga teratas carta single Amerika Syarikat (AS).

Billboard menerusi satu tweet di laman Twitter pada Selasa, kumpulan sensasi Korea Selatan berkenaan merangkul tempat pertama dalam carta Billboard Hot 100 dengan lagu hit terbaharu mereka ‘Dynamite’.

Terdahulu, BTS menewaskan penyanyi terkenal AS termasuk Ariana Grande, Lady Gaga dan Taylor Swift untuk dalam kategori anugerah pop terbaik pada Anugerah Video Muzik MTV (VMA) 2020 pada Ahad lalu.

Dengan kejayaan yang dicapai melalui lagu ‘Dynamite’ di carta Billboard, ia sekali gus mengukuhkan lagi dominasi septet berkenaan di peringkat global.

Memetik laporan The Guardian, trek disco-pop berkenaan telah mencatatkan 33.9 juta penstriman di AS hanya dalam masa seminggu dan 300,000 unit terjual. Wow!

https://www.youtube.com/watch?v=zJCdkOpU90g&feature=youtu.be

Bagi mendapatkan tangga nombor satu, ‘Dynamite’ telah mengalahkan lagu Cardi B dan Megan Thee Stallian iaitu ‘WAP’ yang menduduki tempat pertama untuk dua minggu.

Untuk rekod, carta single Billboard Hot 100 menggabungkan penstriman AS, tayangan radio dan data penjualan.

Sebelum ini, BTS pernah menduduki tempat keempat dalam carta Billboard Hot 100 pada Mac lalu dengan lagu ‘On’.

Artis solo Korea Selatan, PSY pula meraih tangga kedua dalam carta yang sama pada 2012 dengan lagu viral mereka iaitu ‘Gangnam Style’. Memang pecah la lagu Gangnam Style time tu. Korang ingat lagi tak?

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca