BTS umum album 'single' terbaharu berjudul Dynamite

BTS umum album 'single' terbaharu berjudul Dynamite
BTS umum album 'single' terbaharu berjudul Dynamite
A
A
A

KUMPULAN K-pop terkenal BTS hari ini mengumumkan album 'single’ terbaharunya yang akan dilancarkan akhir bulan ini berjudul '’Dynamite".

Kumpulan tersebut mengumumkan judul single berbahasa Inggeris itu menerusi gambar pengenalan yang dikongsi di media sosial kumpulan berkenaan, lapor agensi berita Yonhap.

Ia berkata, minggu lalu kumpulan K-pop yang terdiri daripada tujuh ahli itu mengumumkan lagu baharu mereka akan dikeluarkan pada 21 Ogos. BTS berkata lagu itu pada mulanya dihasilkan untuk menjadi sebahagian daripada album baharunya yang disasarkan akan dikeluarkan pada musim luruh.

"Kami memutuskan untuk membuat pra-pelancaran single ini kerana keinginan kami untuk mempersembahkannya secepat mungkin," kata ketua kumpulan BTS RM pada 26 Julai di siaran vlog audio kumpulan itu di platform Naver's V Live.

"Kami juga berharap dapat memberikan suntikan tenaga kepada peminat yang mungkin akan melalui masa-masa sukar akibat krisis baharu Covid-19."

Album studio keempat kumpulan remaja lelaki Korea itu, "Map of the Soul: 7," adalah album paling laris di Amerika Syarikat pada separuh pertama 2020, menjadi satu-satunya album yang terjual lebih 500,000 unit di pasaran AS pada separuh masa pertama, menurut Nielsen Music.

Di negaranya, BTS mendahului carta Gaon Korea Selatan yang dikendalikan oleh Korea Music Content Association, jumlah album terjual lebih daripada 4.26 juta pada separuh pertama.

BTS juga menduduki tempat pertama di carta album Oricon Jepun, menjadi artis luar negara pertama yang mendapat pengiktirafan tersebut dalam tempoh 36 tahun.

BTS turut menerima tiga pencalonan dalam kategori pop terbaik, koreografi terbaik dan K-pop terbaik untuk Anugerah Muzik Video MTV 2020 di Amerika Syarikat yang dijadualkan pada 30 Ogos.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca