ISTERI pelawak Shahrol Shiro iaitu Nor Farhanah Syamimi berkongsi berita duka mengenai keadaan kesihatan anak kedua mereka, Ismail Rifqi yang mengalami masalah buah pinggang kronik.

Jelas Nor Farhanan atau lebih mesra disapa Anna berkata, bayi yang berusia lapan bulan itu perlu dirawat segera selepas didapati tidak mempunyai buah pinggang kanan, manakala buah pinggang kirinya membengkak.

“Luluh hati Anna bila tengok Ismail sakit. Sayu bila pandang muka Ismail. Doktor dapati buah pinggang Ismail belah kanan tiada manakala buah pinggang sebelah kiri bengkak.

“Ismail kena dapatkan rawatan secepat mungkin memandangkan Ismail hanya ada satu buah pinggang dan buah pinggang yang ada pun bengkak,” katanya di Instagram.

Shahrol dan Anna bersama anak mereka, Ismail dan Iskandar.

Anna turut memohon orang ramai mendoakan kesihatan bayinya dan segala urusan mereka dipermudahkan.

“Anna mohon jasa baik dari kalian untuk mendoakan kesihatan anak Anna. Doakan semoga Ismail cepat sihat dan dipermudahkan segala urusan kami.

Iklan

“Mana tahu atas sebab doa kalian ALLAH angkat dan makbulkan doa kalian untuk anak Anna,” katanya.

Iklan

Shahrol berkahwin dengan Anna pada 18 Mac 2016. Selain Ismail, pasangan berkenaan turut dikurniakan anak sulung lelaki bernama Iskandar Rizqi berusia empat tahun.

Selain itu, Shahrol juga mempunyai seorang anak lelaki, Muhd Adam hasil perkahwinan terdahulu.