Buat masa ini keadaan mak saya sangat-sangat tidak baik – Achey mohon doa orang ramai

ACHEY
ACHEY
A
A
A

PELAWAK Achey memohon doa ramai untuk kesembuhan ibunya, Ngaisah Hassan yang kini dalam keadaan yang tidak baik akibat jangkitan Covid-19.

Menurut Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 34, ibunya kini dirawat di Hospital Segamat, Johor.

“Saya tahu doa anda sangat padat ketika ini, tetapi jika ada ruang kecil yang kosong dalam doa kalian, dapatlah kiranya ruang doa itu diisi untuk mak saya, Ngaisah Hassan.

“Buat masa ini, keadaan mak saya sangat-sangat tidak baik,” tulis Achey menerusi satu perkongsian yang dilakukan di laman Instagramnya pada Jumaat.

Difahamkan ibunya yang positif Covid-19 tahap tiga mengalami masalah pernafasan sehingga perlu ditiarapkan untuk memudahkan proses pernafasannya.

Achey ketika ditemui selepas majlis bacaan Yasin dan Tahlil Allahyarham Siti Sarah yang diadakan secara maya pada Khamis turut berkongsi perkembangan terkini tujuh ahli keluarganya termasuk ibu, abang, kakak dan adiknya turut disahkan positif.

“Buat masa sekarang saya dan isteri yang menjadi runner untuk memastikan segala barangan yang diperlukan keluarga yang positif, baik yang di hospital mahupun di rumah.

“Walaupun dalam keadaan tangan yang patah, saya terpaksa juga ulang-alik memandu ke hospital kerana hanya kami berdua sahaja yang boleh berbuat demikian demi membantu ahli keluarga lain yang sedang berjuang melawan Covid-19,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca