PENYANYI dan pelakon Ani Mayuni berkongsi kisah sedih tentang anak sepupunya yang berusia empat tahun positif Covid-19.

Menerusi perkongsiannya di Facebook, pelantun lagu Sedap itu berkata, kanak-kanak itu disyaki mendapat jangkitan tersebut daripada doktor yang merawatnya.

“Anak sepupu saya yang baru berusia empat tahun, positif Covid-19. Harap adik sepupu saya kuat menghadapi ujian ni.

“Nak tau tak macam mana dia boleh dapat benda ni? Pada asalnya anak buah saya kena bisul. Mak dia bawa pergi hospital untuk pembedahan.

“Selesai pembedahan itu, entah macam mana selang beberapa hari dapat tahu doktor yang buat pembedahan anak buah saya itu positif Covid-19,” ujarnya.

Menurut Ani lagi, setelah disahkan positif, anak sepupunya itu dijemput dengan ambulan dari rumah untuk dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun disebabkan anak sepupunya itu masih kecil, ibunya terpaksa mengiringinya ke hospital.

“Budak empat tahun, ambulan datang rumah nak bawa anak kecil yang tak tahu apa-apa pergi hospital. Nak berpisah dengan mak dan bapa, mestilah menangis.

Iklan

“Pengorbanan seorang ibu. Adik sepupu saya berkorban naik ambulan itu demi anak.

“Kalau saya di tempat dia pun, saya juga akan buat perkara yang sama,” luahnya.

Dalam pada itu, Ani memohon jasa baik orang ramai untuk mendoakan anak sepeupunya itu kuat dan kembali sembuh seperti biasa.

Iklan

 

(SUMBER & FOTO: Facebook Ani Mayuni)