Bukan kerana malas kerja, tidak semua orang miskin suka meminta-minta. Isu bendera putih, Rozita Ibrahim bidas DSV

July 8, 2021
Oleh Wartawan SinarPlus

BARU-baru ini, Datuk Seri Vida mengeluarkan kenyataan meminta mereka yang terjejas pada waktu pandemik supaya berusaha daripada bergantung dengan bantuan bendera putih sahaja.

Susulan itu, kenyataan beliau mendapat kecaman hebat daripada warganet.

Ibu kepada Datuk Aliff Syukri iaitu Bonda Rozita Ibrahim mengulas mengenai perkara berkenaan berkata dalam situasi terkini bukan isu rakyat malas bekerja namun pandemik yang membataskan usaha.

“Dalam keadaan sekarang bukan isu rakyat Malas kerja ..!! Kalau dulu tak ada Covid mana ada orang kebar bendera putih nak minta makanan!!

“Banyak lagi pemalas jahat penipu besar tidak pakai bendera putih pun, itu lagi mencuri malas yang lebih jahat menakutkan, dibenci oleh negara.

Baca juga Kibar Bendera Putih, Petanda Isi Rumah Putus Bekalan Makanan. Hulur Bantuan Segera

Pengasas jenama Sendayu Tinggi ini mengakui pernah melalui situasi kemiskinan mengatakan tidak semua individu dalam situasi serba kepayahan itu akan meminta-minta.

“Saya pernah lalui kemiskinan tapi bukan dalam Covid. Tidak semua orang miskin meminta-minta!

“Ayat malas tak sesuai digunakan dalam rakyat stres. Kita simpati kita kena ada sensitiviti sebab manusia sekarang sangat teruk perasaannya. Posting berhati-hati untuk menjaga perasaan hati semua orang.

“Rakyat tolong rakyat, kami tak nak ada yang kelaparan dan bunuh diri !! Orang yang mempunyai simpanan banyak sekalipun, kalau lama mana pun tak boleh bertahan, Covid-19 ni tak tahu lama mana lagi,” katanya.

Iklan

Anak kelahiran Sungai Besar Selangor ini turut menjelaskan, waktu ini bukan masanya untuk menyalahkan sesiapa dan rakyat kita bukan jenis meminta-minta.

“Dalam isu sekarang kita jangan salahkan sesiapa pun. Kita semua sudah cukup tertekan. Kita semua usaha nak membantu kurangkan tekanan

“Logiknya tidak ada orang suka naikan bendera putih.

“Saya tengok pun sedih dan saya tidak gembira dengan keadaan negara kita sekarang, sebab rakyat kita bukan jenis meminta minta.

“Semua orang nak kerja, tidak harap duit kerajaan. Kita nak kehidupan bebas dulu,” tulisnya.

Selain itu, Bonda Rozita turut mengulas mengenai kesihatan mental rakyat Malaysia yang kini di tahap membimbangkan. Justeru, sebagai anggota masyarakat perlu memberikan sokongan positif di laman sosial.

“Mental rakyat Malaysia serabut sangat. Hanya segelintir, mungkin dua peratus antara kita rakyat yang kehidupannya senang, makan dan pakai cukup.

“Perhatikan Allah memberikan kekuatan. Sabar rezeki yang tidak sama dan tidak semua orang boleh usaha macam you Datuk Vida.

Iklan

“Saya niaga juga, saya sendiri stuck! Saya down sebab lihat rakyat sakit mental dengan Covid-19 ini kita tidak tahu bila kesudahannya," tulisnya

Baca juga Elaun RM100 Beli Barang Asas, Selama 3 Bulan. Semak Kelayakan Segera

Mengakhiri perkongsiannya, beliau menjelaskan menghormati tindakan Vida untuk memberi motivasi kepada rakyat, namun perlu berhati-hati kerana bimbang mengguris hati mereka.

“Hati orang ramai kena jaga. Kita buat posting yang lawak-lawak ke, kasi info ke, hiburkan mereka, itu lebih sesuai.

“Semua org boleh usaha kalau tak ada ilmu tak ada modal. Kita terkurung, jika kita tidak mampu nak sedekah semua orang- jangan usik hati mereka melainkan menyenangkan hati mereka!” kata Bonda Rozita.

Perkongsian Bonda Rozita itu mendapat pelbagai reaksi daripada warganet yang rata-rata bersetuju dengan beliau.

Malah ada yang memberikan komen kini M40 sudah menjadi asnaf kerana kehilangan pekerjaan dan banyak perniagaan harus ditutup sementara.

 

Sumber: @bondarozitaibrahim